Program Ihya Ramadhan
2 Jun 2018| Aktiviti TerkiniProgram Ihya Ramadhan merupakan aktiviti tahunan yang akan dijalankan setiap kali bulan Ramadhan. Cuma pada tahun ini sedikit berbeza kerana Pusat Internet telah bekerjasama dengan krew My Alza Owner Club negeri Kedah.
Pada 1 Jun 2018 Pusat Internet bersama-sama krew MAOC telah mengagihkan pek persediaan berbuka puasa kepada peniaga dan pengunjung di sekitar Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman. Dalam pek tersebut terdapat buah kurma dan air mineral. Tujuan utama program ini adalah supaya semua yang terlibat dapat melakukan ibadah bersedekah di bulan Ramadhan kerana ganjarannya sangatlah besar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: