Hari Bersama Komuniti 2019
25 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniSeperti tahun-tahun sebelum ini, Pusat Internet akan mengadakan Hari Bersama Komuniti. Pada tahun ini Pusat Internet Kg. Titi Teras telah menganjurkan Hari Bersama Komuniti pada 24 Mac 2019 dan telah bersama-sama dengan Kelab Luncur Udara Jerai mengadakan Fiesta Paragliding Jerai Geopark 2019. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut, yang mana bermula seawal 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Seramai 100 orang yang hadir pada Hari Brrsama Komuniti tersebut. Antara aktiviti yang mereka sertai adalah pertandingan Digital Poster, ICT Puzzle, Kuiz Kahoot dan Bengkel Fotografi. Setiap pemenang bagi aktiviti tersebut akan diberikan hadiah. Majlis tamat pada jam 2 petang. Sebelum bersurai pengunjung dihidangkan dengan makan tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: