Kelas Asas ICT – Microsoft Office Word
5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT ini dijalankan secara peribadi dengan hanya kehadiran seorang pelajar. Pelajar ini adalah seorang pelajar pondok di Pendang. Pada setiap hujung minggi dia akan datang ke Pusat Internet Komuniti Kg. Titi Teras bagi menghadiri kelas ini. Dalam mendalami ilmu agama di pondok dia tidak lupakan ilmu teknologi supaya tidak ketinggalan dalam peredaran semasa.
Kelas berjalan hanya 30 minit dan berlangsung dalam norma baharu. Kelas ini memfokuskan kepada asas penggunaan Microsoft Office Word. Kelas berjalan setiap hari minggu selama 30 minit sehingga selesai modul Microsoft Office Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: