Kelas Asas Perniagaan di Shopee
10 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniShopee merupakan salah satu platform e-dagang yang popular di Malaysia. Dengan capaian yang meluas di kalangan rakyat Malaysia, peniaga perlu bergerak seiring dengan perubahan untuk mencuba pasaran besar yang ada di platform Shopee. Pusat Internet cuba membantu peniaga yang ingin memasarkan produk mereka di Shopee dengan menjalankan kelas asas Shopee.
Pada 9 Februari seorang usahawan yang menjual produk batu permata telah menghadiri kelas asas Shopee yang diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Kelas bermula jam 2 petang sehingga 5 petang. Pusat Internet membantu beliau membuka kedai di Shopee sehinggalah beliau dapat memulakan jualan di platform tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: