Kelas Asas Memulakan Bisness e-Dagang di Shopee
9 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2022 satu Kelas Asas Shopee telah diadakan. Kelas ini membantu usahawan memulakan perniagaan e-dagang menggunakan platform Shopee. Modul yang digunakan sangat mudah difahami dan menunjukkan cara untuk membuka kedai di Shopee sehingglah mendapat jualan.
Kelas ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir 2 jam kemudian. Puan Haleeda dan Cik Nabila hadir pada kelas kali ini. Mereka berdua menjalankan perniagaan menjual pakaian terpakai. Mereka fokus kepada pakaian wanita dan kanak-kanak. Mereka berdua bercadang menjual di Shopee sebagai salah satu langkah mengembangkan lagi jualan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: