Hari Terbuka
29 Disember 2014 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak buat kesekian kalinya telah menganjurkan Hari Terbuka sebagai aktiviti penutup untuk tahun 2014 yang bertempat di PI Guar Chempedak. Hari terbuka tersebut telah diadakan pada 28 Disember 2014 hari Ahad yang lepas. Hari terbuka ini merupakan aktiviti wajib yang kami anjurkan setiap tiga bulan sekali bagi tujuan mendekatkan komuniti dengan Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak. Pada hari tersebut kami menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi Hari Terbuka dan menyertai dalam semua aktiviti yang diadakan sepanjang hari tersebut. Antara aktiviti menarik yang disediakan seperti pertandingan untuk kanak-kanak, pertandingan Fast Typer, Find Me dan Jigsaw Puzzle. Untuk hari terbuka kali ini buat julung-julung kalinya kami memperkenalkan aktiviti Kraf Quilling. Kraf Quilling merupakan satu cabang seni kraf yang berasaskan kertas. Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak telah menjemput tenaga pengajar Kraf Quilling yang berpengalaman untuk berkongsi ilmu Quilling dengan masyarakat setempat. Mungkin dengan perkongsian ilmu Quilling ini dapat membantu mereka yang hadir dalam menjadikan Quilling sebagai salah satu perniagaan. Ini dapat membantu mereka menambah sumber pendapatan dan mampu menjana ekonomi yang lebih baik. Selain itu, antara aktiviti sampingan lain kami membuka peluang kepada mereka yang belum menjadi ahli untuk mendaftar secara percuma menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak. Kami juga turut menjalankan Ceramah Klik Dengan Bijak kepada semua yang hadir. Jumlah yang hadir seramai 45 orang tersebut adalah sesuatu yang amat menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua komuniti yang member sokongan dalam penganjuran aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: