dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Titi Teras, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus VLE FROG

17 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak atau lebih dikenali sebagai PIGC sekali lagi telah mencapai misi utama matlamat PI iaitu merapatkan jurang ICT antara bandar dan luar bandar. Pada 16 Ogos 2014, 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berlangsungnya satu kursus VLE FROG bertempat di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun. VLE FROG adalah Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE)  satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Berikutan VLE FROG suatu aplikasi ICT yang sangat baik kepada pelajar, guru mahupun ibu bapa, Pengurus PIGC Cik Juhaida Binti Makhtar telah pun memberi taklimat dan mengajar sendiri cara penggunaannya. Langkah ini mendapat sambutan amat menggalakkan oleh 32 orang guru serta Pengetua sekolah, malahan mendapat galakkan fositif dari Pengetua SMAPG sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.