Booth Kdb Karnival Pendidikan Dan Kerjaya
22 April 2016| Aktiviti TerkiniPendidikan serta pendapatan seringkali dipandang utama bagi kebanyakkan pihak. Kedua hubungan ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Jesteru itu, ramai diatara kita sentiasa meningkatkan lagi tahap kedua-dua aspek berikut. Baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Titi Teras bersama empat lagi Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan, dijemput oleh Jawatankuasa Pembanggunan Usahawan Daerah Yan (JPUD) untuk mengadakan 'booth' yang bertemakan Karnival Pendidikan dan Keusahawanan.
Karnival ini berlangsung pada 21 April 2016 dan melebihi 100 pegunjung yang mengunjungi booth Pusat Internet 1 Malaysia. Aktiviti yang berlangsungnya pada hari tersebut adalah, 'typing fast' menguji kepantasan menaip, 'word search' mencari jawapan tip keselamatan di alam siber, taklimat dan hebahan keselamatan dan tatasusila ketika melayari internet, pop kuiz, dan sebagainya.
Pembelajaran yang santai serta input berguna menarik ramai minat lapisan masyarakat. Diantara pengisian lain yang terdapat pada karnival tersebut adalah gerai jualan yang diusahakan oleh usahawan tempatan, institusi pembelajaran seperti Insaniah,IKM, Universiti mahupun kolej. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail iaitu Pengurusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: