Program Mencipta Poster Kemerdekaan
02 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 September yang lalu satu program mencipta poster yang bertemakan kemerdekaan telah dijalankan di PI Kg. Titi Teras. Pertandingan mencipta poster ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Seramai 14 orang pelajar telah mengambil bahagian.
Sebelum memulakan pertandingan ini, peserta diajar terlebih dahulu bagaimana cara memcipta poster menggunakan Canva. Mereka diajar selama satu jam sebelum memulakan pertandingan. Peserta diwajibkan menghasilkan poster yang mempunayi gambar jalur gemilang dan tema kemerdekaan bagi tahun 2018. Pemenang akan dipilih mengikut kreativiti dan kekemasan dalam poster yang dihasilkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: