Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pengusaha Batu Permata
Puncak Permata Rezeki merupakan perniagaan tunggal, telah beroperasi hampir tiga tahun secara sah. Pengalaman dalam ilmu memproses dan menjual batu permata, hampir dua puluh tahun. Perniagaan ini beroperasi di No.2,Kedai Kaki Gunung Jerai,Kepala Bukit 08800 Guar Chempedak,Kedah Darul Aman. Terdapat permata-permata tempatan dan luar negara. Negara yang terdapat batu permata yang berkualiti seperti, Burma, Madagascar, Sri Lanka, India, Afrika, Colombia, Brazil dan banyak lagi. Batu tempatan yang terdapat di Malaysia ialah Geliga buluh,Geliga buih,Kecubung,Aked,Embun hijau,Nilam biru dan banyak lagi. Terdapat batu permata asli sahaja, sebarang permata tiruan tidak diniagakan. Jika ingin membuat tempahan boleh menghubungi Md. Shah / Aniza di talian 017 - 424 9539
Pembekal Benih Ikan Air Tawar
Keli Emas Jaya Entreprise merupakan satu perniagaan yang diusahakan oleh pemuda Kampung Titi Teras iaitu Encik Hairil Anas. Pelbagai jenis benih ikan air tawar terdapat di dalam kolam Encik Hairil. Kolam-kolam tersebut di buat hanya di depan rumah beliau. Sebarang pertanyaan dan urusan jual beli boleh menghubungi En Hairil di talian 018-409 7130
Pengusaha Ladang Ternakan
Haji Shuib merupakan penduduk Kampung Titi Teras yang merupakan seorang penternak kambing dan kibas terbanyak di dalam kampung. Beliau mempunyai sebuah kandang di dalam perkarangan rumah. Peniagaan ini diusahakan bersama anak-anak Haji Shuib.
Projek Ternakan Lembu
Di dalam Kampung Titi Teras terdapat sebuah ladang ternakan lembu terbesar yang di usahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Limau Dalam. Ladang ini di kawal selia sepenuhnya oleh pihak MADA. Sebarang tempahan boleh menghubungi pihak MADA Guar Chempedak.
Pengusaha Ladang Sayuran
Encik Zahani Bin Man merupakan anak jati Kampung Titi Teras yang gigih dalam mengusahakan ladang sayuran. Pelbagai jenis sayur-sayuran yang di tanam seperti cili, terung, timun dan banyak lagi. Beliau juga membantu anak-anak muda kampung yang tidak mempunyai pekerjaan untuk bekerja di ladang beliau. Hasil tanaman akan di jual kepada penjual-penjual sayur di Pasar Guar Chempedak.