Pendidikan
Kolej Komuniti Jerai
Kolej Komuniti Jerai (KKJ) bermula sebagai sebuah kolej cawangan kedua kepada Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD). Kolej ini mula mengambil pelajar sulungnya pada 14 Julai 2008 bagi program sepenuh masa, Sijil Pelancongan dan Pengembaraan. Kolej Komuniti Jerai telah diwujudkan untuk merealisasikan dan melahirkan individu yang bersedia untuk memberi perkhidmatan pelancongan dan pengembaraan terbaik sebagai perintis kepada pembentukan imej negara. Lokasi Kolej Komuniti Jerai yang lebih starategi dan berhampiran dengan destinasi pelancongan menyumbang kepada penubuhan Kolej Komuniti di Jerai.
Alamat:
Kolej Komuniti Cawangan Jerai
No 7, Jalan Delima 1, Taman Delima
08800 Guar Chempedak
Kedah Darul Aman
Tel : 04-468 2704 /04-447 1051
Fax: 04-468 6243
Email: pentadbiran@kkjerai.edu.my
Sumber: http://www.kkcj.edu.my/
SMK Guar Chempedak
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak atau nama ringkasnya SMK Guar Chempedak, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Jenun. Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak memiliki pelajar dari tingkatan 1 sehingga Pra Universiti. Sekolah ini juga menyediakan asrama kepada pelajar-pelajar yang jauh.
Email: smkguarchempedak.ppdkmy@gmail.com
Blog: http://smkgc.blogspot.my/
No. Telefon: 04-4686055
SK Guar Chempedak
Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak atau nama ringkasnya SK Guar Chempedak, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di daerah Guar Chempedak. Lokasi betul-betul di Pekan Guar Chempedak.
Email: skguar.ppdkmy@gmail.com
No. Telefon: 04-4686168
SK Teroi
Sekolah Kebangsaan Teroi merupakan sekolah rendah yang terletak di daerah Yan. Merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit.
Email: skteroi.ppdkmy@gmail.com
No. Telefon: 04-4686359