Kemudahan Awam
Berikut merupakan antara kemudahan awam yang di sediakan di sekitar kawasan Kampung Titi Teras.
Masjid Nur Iman
Masjid Nur Iman terletak di dalam Kampung Titi Teras, kira-kira 1.5 Kilometer dari pintu masuk kampung. Masjid ini mampu menampung jumlah jemaah hampir 700 dalam satu-satu masa. Dalam kawasan masjid ini terdapat sebuah sekolah KAFA yang memberi kemudahan kepada anak-anak kampung belajar agama. Terdapat juga sebuah bilik gerakan untuk jawatankuasa kariah masjid mengadakan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain.
Surau
Terdapat sebuah surau iaitu surau Syiaratul Al-Islami Rendang berhampiran dengan jalan ke Gunung Jerai. Surau ini telah memberi kemudahan kepada pengunjung dan pelancong yang akan ke Gunung Jerai. Surau ini telah di rasmikan pada 18 January 1983 oleh Menteri Besat Kedah ketika itu, iaitu YAB Dato' Seri Syed Nahar Shahbuddin.
Balai Polis Guar Chempedak
Alamat: Balai Polis Guar Chempedak
08300 Guar Chempedak
Kedah.
No. Telefon : 04-4687195
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Guar Chempedak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Guar Chempedak didirikan diatas lot. 3361 dengan keluasan tanah 3 ekar yang terletak di pekan Guar Chempedak,KM 32,Jalan utama Alor Star ke Sungai Petani. Ia telah dibina pada tahun 1968 dan siap sepenuhnya pada tahun 1970. Bangunan Balai ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada hari Isnin 16 Ogos 1971.
Bangunan Balai ini diketegorikan dalam kelas C, mempunyai satu bay.Di lengkapi dengan satu keluaran jentera Nissan Water Tender 3 600 liter pada permulaannya dan kini telah di tambah sebuah lagi bay pada awal tahun 2007 dan dilengkapi dengan sebuah jentera baru jenis Mercedes Atego, BKA 8806 pada 30.10.2008 dan jentera Nissan sebagai back up untuk kegunaan semasa jika ada kerosakan dari balai-balai didalam JBPM negeri Kedah. Disamping itu dilengkapi dengan dua buah van, Isuzu (WEC 3941) dan Perodua Rusa(WGR 4075) serta sebuah Kembara (WJX 3454). Sebuah Bot Penyelamat telah di terima pada tahun 2006 untuk bersedia bagi kerja-kerja menyelamat semasa banjir dan mencari mangsa lemas.
Sumber: http://www.bombakedah.gov.my
Alamat: Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak
08800 Guar Chempedak
Kedah
No.Tel: 04-468 6444
No. Faks: 04-468 1550
Pejabat Pos
Alamat: Pos Malaysia Guar Chempedak
Jalan yan
08800 Guar Chempedak
Kedah
No.Tel: 04-468 6813
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Alamat: Jabatan Pendaftaran Negara Guar Chempedak
Jalan Guar Chempedak
08800 Guar Chempedak
Kedah
No.Tel: 04-461 9490
Klinik Kesihatan
Alamat: Klinik Kesihatan Guar Chempedak
08800 Guar Chempedak
Kedah
No.Tel: 04-468 4435