Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Gunung Jerai Hutan Lipur
Melihat Gunung Jerai setinggi 1,217 meter dari jauh seolah-olah raksasa yang mengawal keseluruhan negeri itu. Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi dan merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Kedah Darul Aman. Peranginan Gunung Jerai menyediakan Chalet, Kafetaria, Bilik Seminar dan sebagainya.Terdapat sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang terletak di pintu masuk hutan lipur tersebut dimana mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkhemahan yang luas bagi tujuan rekreasi. Selain itu, ia memiliki beberapa keunikan dan mitos yang menjadi misteri sehinggi kini seperti Perigi Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal Gunung setinggi 1200 meter terbentuk dari jenis batu-batu quarzite dan granite. Ia juga kaya dengan spesis tumbuhan terkenal dengan memiliki "Major Forest Types" Negara seperti Periuk Kera, Paku Pakis, Cinamaki, Orkid dsb.
Sukan Paragliding
Gunung Jerai yang disajikan panorama indah telah menarik minat ahli sukan luncur udara. Kira-kira 1200 kaki dari aras laut adalah ketinggian bagi tapak 'Take Off' para sukan luncur udara. 'Take Off' Gunung Jerai adalah yang terbaik dan tertinggi di Semenanjung Malaysia. Sebarang keterangan lanjut boleh melawati facebook page https://www.facebook.com/Gunung-Jerai Paragliding-Park-Official-1480450015563848/?fref=ts atau boleh menghubungi 012-8151596 (Asnawi Mohd. Hassan) atau 012-5616170 (Anuar Omar).
Downhill/ Endoro Mountain Bike (MTB) Jerai Hill
Gunung Jerai juga mempunyai denai dan laluan hutan mencabar untuk aktiviti sukan lasak. Laluan trek Gunung Jerai ke Seri Perigi sejauh 6 km merngambil masa 2 jam perjalanan. Manakala laluan Kg. Setar 6km mengambil masa 1.5 jam dan Titi Hayun 8km mengambil masa kira-kira 3 jam. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi En. Md. Nasron Md. Noor (012-5846288)
Padang Kampung Titi Teras
Kampung Titi Teras mempunyai padang sendiri yang mana dapat memberi kemudahan kepada penduduk kampung membuat aktiviti riadah. Ini dapat memberi peluang kepada anak-anak kampung ini bersukan sebagai salah satu aktiviti berfaedah di masa lapang. Padang ini telah di luluskan oleh Ahli Parlimen Jerai Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom.