Program “Youth Entreprenuer”
5 April 2018| Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun. Seramai 349 orang pelajar terlibat iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Pelajar di bahagikan kepada kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 12 pelajar. Setiap kumpulan perlu membuat perbentangan berkaitan nama syarikat, jenis, produk, harga dan sasaran pelanggan serta jenis promosi yang dilakukan.
Tujuan program ini adalah untuk mencungkil bakat usahawan cilik dalam diri pelajar dan menonjolkan kreativiti mereka dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Selain itu, dapat memberi keyakinan kepada mereka semasa sesi pembentangan. Program diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian cenderahati oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Nazri Bin Hamid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: