Kursus Perakaunan Usahawan Kecil
15 April 2019 | Aktiviti TerkiniMembantu usahawan kecil yang berada dalam komuniti di sekitar Pusat Internet menjadi salah satu objektif utama mengapa pusat internet diwujudkan. Kami dari pihak Pusat Internet akan cuba membantu apa sahaja ilmu keusahawanan yang diperlukan. Pada kali ini Pusat Internet Titi Teras dengan kerjasama Pusat Internet Sungai Limau dalam menganjurkan Kursus Perakuanan Untuk Usahawan Kecil.
Seramai tujuh orang usahawan yang menjalankan pelbagai perniagaan telah menyertai kursus ini. Kelas berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang. Mereka didedahkan bagaimana membina akaun perniagaan bagi syarikat masing-masing agar mudah untuk menguruskan kewangan dan perniagaan. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: