Pusat Internet BizPreneur
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram kali ini agak berlainan sedikit kerana kakitangan PIM sendiri akan berniaga dengan menggunakan produk sendiri atau produk dari usahawan PIM. Pada 23 November yang lalu PIM Kedah telah menyertaikan Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Usahawan Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun. PIM telah mendapatkan 1 booth bagi menempatkan produk-produk usahawan dan produk kakitangan PIM sendiri.
Karnival bermula jam 8 pagi hingga 6 petang ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Muhkriz Tun Mahathir. Antara produk yang dibawa oleh PIM adalah rempah warisan, kuah yong tau foo, kuah rojak serta perkhidmatan Photographer dan Videographer. Sambutan dan jualan yang diterima amat menggalakkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: