Kelas Live Tutorial eKelas Maxis Minggu Keempat
24 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Live Tutoril eKelas Maxis ini diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu bagi pelajar tahun 6 sehingga tingkatan 5. Subjek yang diajar adalah subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini merupakan inisiatif daripada Maxis dalam usaha membantu meningkatkan kecemerlangan dari segi akademik pelajar-pelajar yang berada di sekitar Pusat Internet. Kelas ini diadakan secara percuma.
Pada minggu keempat ini seramai 20 orang pelajar telah memberi komitmen mereka untuk hadir ke kelas pada hari Jumaat 22 Februari dan Sabtu 23 Februari. Hari Jumaat adalah kelas Bahasa Inggeris dan Sabtu kelas bagi subjek Matematik dan Sains. Setiap kelas memperuntukkan masa selama sejam. Pada minggu ini kelas lebih menarik kerana terdapat beberapa aktiviti eksperimen dijalankan untuk subjek Sains.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: