Kelas Digital Marketplace di SHOPEE
8 September 2019 | Aktiviti TerkiniBagi memastikan usahawan di komuniti Titi Teras bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, PI Titi Teras telah menjalankan kelas mempelajari cara memasarkan produk di platform SHOPEE. Seramai 10 orang usahawan telah menyertai kelas ini. Mereka terdiri daripada usahawan setempat yang menjual pelbagai produk.
Kelas bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tenaga pelajar merupakan pengurus dari PI Pondok Chegar, Pendang. Diharapkan dengan ilmu ini mereka dapat memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: