Kelas Digital Marketplace di SHOPEE
24 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniBagi memastikan usahawan di komuniti Titi Teras bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, PI Titi Teras telah menjalankan kelas mempelajari cara memasarkan produk di platform SHOPEE. Seramai 3 orang usahawan telah menyertai kelas ini. Mereka terdiri daripada usahawan setempat yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan.
Kelas bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bagi modul asas ini peserta di ajar cara mendaftar akaun Shopee, memuat naik produk dan menyertai skim Free Shipping yang dianjurkan oleh pihak Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: