Kelas Asas Komputer & Microsoft Office
4 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniSeperti kelazimannya Pusat Internet menjadi pilihan komuniti untuk belajar tentang asas computer dan juga pengenalan menggunakan Microsoft Office. Puan Maziah merupakan seorang surirumah tetapi ada menyandang jawatan sebagai bendahari dalam satu pertubuhan NGO. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bendahari beliau perlu tahu menggunakan Microsoft Excel bagi memudahkan urusan merekod kewanagan.
Satu kelas secara personal dijalankan bagi membantu Puan Maziah merekodkan kewangan pertubuhan NGO beliau. Sebanyak 3 sesi berjalan dengan setiap sesi 2 jam kelas. Puan Maziah bercadang ingin hadiri lagi kelas ini bagi mangambil advanced modul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: