Rakaman Video Usahawan di Village 2 Stay
15 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniSelain dari menjalankan kelas pemasaran kepada usahawan setempat, Pusat Internet juga akan membantu menghasilkan video promosi kepada usahawan yang difikirkan sesuai dengan perniagaan yang mereka jalankan. Pada kali Ini Pusat Internet telah ke sebuah chalet yang terletak di persisiran Pantai Ruat bagi bertemu pemilik Village 2 Stay. Chalet ini amat menarik kerana berkonsepkan chalet terbuka dengan pemandangan yang menarik.
Video yang dihasilkan nanti akan dimuat naik di Facebook Page Menarik Di Yan. Facebook ini dikendalikan oleh Pusat Internet Kluster Yan. Video yang berdurasi seminit ini boleh dijadikan sebagai iklan bagi menarik orang ramai untuk ke Village 2 Stay. Rakaman video seperti ini adalah satu inisiatif Pusat Internet bagi membantu menaikkan sosioekonomi dan sector pelancongan di daerah Yan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: