Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bagi Usahawan PEDi
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniSatu taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi para usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS. Taklimat di sampaikan sendiri oleh pihak SSM. Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti yang berniaga tetapi masih belum mendaftar dengan SSM. Skim ini juga menawarkan pendaftaran secara percuma selama satu tahun yang pertama kepada golongan B40 dan pelajar IPTA/IPTS.
Seramai 8 orang usahawan PEDi telah mendaftar untuk ikuti taklimat ini. Mereka ikuti secara online di tempat masing-masing cuma seorang sahaja hadir mengikuti taklimat tersebut di PEDi. Taklimat bermula pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari menggunakan aplikasi Microsoft Meet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: