Kelas Asas Perniagaan di Shopee
2 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniShopee merupakan salah satu platform e-dagang yang popular di Malaysia. Dengan capaian yang meluas di kalangan rakyat Malaysia, peniaga perlu bergerak seiring dengan perubahan untuk mencuba pasaran besar yang ada di platform Shopee. Pusat Internet cuba membantu peniaga yang ingin memasarkan produk mereka di Shopee dengan menjalankan kelas asas Shopee.
Pada 1 Ogos 2021 Pusat Internet Komuniti Kg. Titi Teras dan Pusat Internet Komuniti Sg. Limau Dalam telah berkerjasama dengan Penggerak Belia Selangor Dun Pelabuhan Klang bagi mengadakan Program Kursus Asas Shopee. Seramai 13 usahawan yang terdiri daripada kalangan belia telah menyertai kursus tersebut. Kursus diadakan secara atas talian sepenuhnya bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. PIK berharap semoga apa yang diajar pada kursus ini dapat memberi manfaat dan akan diguna pakai dalam mengembangkan lagi perniagaan yang bakal dan telah dijalankan oleh para peserta selepas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: