Bengkel Asas Keusahawanan
14 Disember 2014 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan. Pada 13 Disember 2014 9.30 pagi, yang lalu PI Guar Chempedak telah menganjurkan Bengkel Asas Keusahawanan dengan menggunakan modul dari Intel yang disampaikan oleh Pengurus PIGC. Selain taklimat, peserta juga dikehendaki membuat perbincangan supaya memberi idea-idea untuk penigkatan kemajuan sesuatu perniagaan, kemudian membentangkan hasil perbincnagan tersebut. Matlamat utama penganjuran kursus ini oleh pihak PI adalah untuk membantu komuniti setempat yang berminat menjadi usahawan ataupun golongan yang sudah bergelar usahawan namun ingin menambah ilmu keusahawanan mereka untuk meningkatkan lagi perniagaan. Selain itu kursus ini juga ingin membantu golongan lepasan sekolah yang ingin menjadikan perniagaan sebagai salah satu bidang yang ingin diceburi. Pihak PI menjadikan remaja-remaja yang tidak mempunyai pekerjaan sebagai kumpulan sasaran untuk menyertai program ini. Mungkin dengan sedikit pendedahan yang diberikan mampu memberi idea kepada mereka untuk berniaga sendiri dan menjadikan perniagaan sebagai salah satu karier. Sebagai permulaan untuk program ini seramai 6 peserta telah menyertai bengkel ini. Mereka kesemuanya merupakan pelajar lepasan STPM yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Harapan kami agar program ini dapat member manfaat kepada mereka untuk memulakan perniagaan dalam usia yang lebih muda
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: