Bengkel Keusahawanan
29 November 2014 | Aktiviti TerkiniPada 28 November 2014, 9.00 pagi hingga 1.00 petang. PI Guar Chempedak dengan kerjasama Pilm Yan Kechil dan Bukit Besar telah mengadakan satu program berupa Bengkel Keusahawanan, bertempat di PI Yan Kechil. Golongan yang terlibat adalah usahawan, kakitangan swasta dan awam, lepasan spm, peniaga online dan yang telah mempunyai perniagaan sendiri. Seramai 20 orang telah bersama-sama dalam bengkel yang dianjurkan. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah sebagai salah satu langkah untuk menarik minat di dalam bidang perniagaan seterusnya membantu mereka di dalam meningkatkan lagi ilmu tentang perniagaan. Secara ringkas intipati bengkel ialah ceramah keusahawanan daripada saudara Aman Sharfie Ahmad Pengurus PI dari Bukit Besar. Beliau menerangkan serba sedikit tentang potensi keusahawanan, skop perniagaan dan juga inspirasi usahawan online. Selain itu juga, strategi usahawan, pengiraan kos dan pemasaran di beri oleh saudari Juhaida Makhtar Pengurus PI daripada Guar Chempedak. Para peserta juga diberi LDK untuk memantapkan lagi pemahaman mereka. Mereka juga diminta untuk membentangkan perbincangan mereka tentang idea-idea perniagaan yang bernas. Perbentangan mereka disulami sesi soal jawab. Pada akhir program, penyampaian hadiah diberikan kepada peserta perancangan perniagaan terbaik, penyelesaian masalah terbaik dan cabutan bertuah. Semoga bengkel keusahawanan ini dapat menerapkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan,selain itu menjadi panduan serta dorongan di dalam dunia perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: