Kelas Bahasa Inggeris 'Grammar & Speaking'
23 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember sehingga 22 Disember 2015 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi teras, juga dikenali sebagai PI KG.TITI TERAS telah berlangsungnya kelas Bahasa inggeris grammar & speaking terbuka kepada semua golongan ibu bapa dan pelajar. Seramai 25 orang terlibat didalam program kali ini. Sebelum ini, kelas pengenalan kepada Bahasa inggeris telah pun dilakukan, berikutan dengan itu, kelas ini adalah fasa kedua iaitu, sebelum mengikuti kelas ini, pelajar dan ibu bapa tersebut telah diberi taklimat serta cara-cara berkesan dalam meningkatkan penggetahuan Bahasa innggeris dan skop kelas pada kali ini adalah, mencari kelemahan serta cara mengatasi permasalahan pelajar tersebut dengan lebih mendalam melalui kelas grammar dan speaking ini.
Dalam kelas kali ini, penekanan kepada bahagian yang lemah dititik beratkan, serta tip memperbaiki kemahiran bertutur 'speaking' secara tidak langsung boleh memberi panduan kepada penulisan seseorang pelajar didalam peperiksaan.
Program pada cuti sekolah ini bukan sahaja mengisi masa lapang pelajar untuk tidak melupakan pelajaran dan pengisian masa yang berfaedah bahkan, dapat membentuk satu kumpulan perbincangan 'study group' mahupun mempunyai masalah dan perbincangan berkenaan akademik pada masa akan datang. Usaha ini, sedikit sebanyak dapat merapatkan jurang akademik luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: