Program 'Class Smart English'
18 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 16 dan 17 November 2015 lalu, berlangsungnya satu program class smart English yang diadakan di PI Kg.Titi Teras. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar terlibat dalam program ini. Buat pertama kalinya, ibu dan bapa pelajar turut dijemput bersama-sama untuk mengikuti pra kelas yang diadakan. Ia bertujuan untuk menyampaikan terus kepada penjaga para pelajar tahap penguasaan serta cara langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa inggeris.
Didalam program ini, pelajar dan ibu bapa diberi penerangan pembelajaran yang perlu dilakukan oleh pelajar. Selain itu, dalam program ini, menggabungkan pembelajaran menggunakan aplikasi ICT yang lebih mudah untuk difahami serta menarik minat pelajar. Disamping suntikkan semangat untuk meningkatkan penguasaan Bahasa inggeris.
Program ini mendidik pelajar supaya cara pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan. Perubahan dalam bidang pendidikan serta saingan pada masa sekarang memerlukan pembelajaran dan cara yang lebih berkesan supaya ianya tiada jurang antara bandar dan luar bandar. PI juga menjadi salah satu tempat komuniti sebagai sumber untuk pembelajaran dan maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: