Kelas Ict Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Budi Yan
25 April 2016| Aktiviti TerkiniPusat internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras serta empat lagi Pusat Internet daerah Yan iaitu, Kuala Sala, Yan Kechil dan Sungai Limau telah mengadakan suatu kelas ICT, iaitu kelas bimbingan bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahaun ICT kepada pelajarnya. Bertempat di Rumah Badan Usaha Didikan Anak-Anak Yatim (RUMAH BUDI) Yan Kedah. Seramai 25 orang anak-anak terlibat didalam kelas kali ini yang berlangsung pada 17 dan 24 April 2016 yang lalu.
Kelas tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu, sesi pertama beramah mesra bersama peserta, kemudian penyampaian taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bertujuan memberi pendidikan keselamatan serta langkah bijak ketika berada di alam siber. Penutup kepada sesi pertama tersebut juga, telah berlangsungnya modul pengenalan dan fungsi komponen komputer. Langkah ini, bertujuan memberikan manfaat supaya mengenali perkakasan komputer kerana berkemungkinan pelajar akan menggunakannya sendiri ketika melanjutkan pelajaran ke universi atau sebagainya.
Pada sesi kedua pula iaitu 24 April 2016, pembelajaran yang lebih mendalam dengan mempelajari 'microsoft word'. Pelajar diberi pelajaran sepenuhnya menggunakan aplikasi tersebut, supaya dapat memudahkan menghasilkan tugasan serta dapat meningkatkan mutu pelajaran. Kami warga kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan RUMAH Budi Yan diatas kerjasama yang diberikan serta selamat maju jaya diucapkan kepada adik-adik penghuni Rumah Budi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: