Kelas Poster Kemerdekaan
6 September 2016| Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras telah menjalankan suatu program yang mendidik pelajar SMA Pekan Gurun dalam menghasilkan animasi kartun iaitu menggunakan aplikasi ‘powerpoint’. Dengan menggunakan aplikasi ini sahaja dapat menghasilkan poster yang sempurna melalui pengetahuan dan teknik yang betul.
Dalam program tersebut, peserta diajar menghasilkan sendiri lakaran serta isi kandungan sesuatu poster. Pelajar juga diberikan tip serta penggunaan warna yang sesuai untuk menghasilkan poster yang menarik dan berkualiti.
Seterusnya, program ini diketengahkan dengan pertandingan poster terbaik pada hari kemerdekaan anjuran sekolah. Kepada yang menghasilkan poster secara menarik akan memperolehi hadiah dan sijil penyertaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: