Bengkel Powtoon
28 Ogos 2016| Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras telah menjalankan suatu program yang mendidik anak muda penduduk sekitar dalam menghasilkan animasi kartun iaitu menggunakan aplikasi ‘powtoon’. Bengkel tersebut dijalankan kepada seramai lapan orang peserta. Kepada yang belum lagi mengenali ‘powtoon’ ianya adalah satu aplikasi atas talian yang membolehkan pengguna menghasilkan penceritaan, pembentangan ataupun kemasukan maklumat secara animasi, bergambar serta bunyi. Aplikasi ini sudah banyak digunakan kerana mempunyai interaksi yang baik.
Dalam program tersebut, peserta diajar menghasilkan sendiri jalan penceritaan juga dikenali ‘story board’ dimana ianya memainkan peranan penting dalam penghasillan video. Mereka juga dapat mengasah kreativiti dan berkongsi sumber pengetahuan melalui video yang dikongsikan di dalam ‘youtube’.
Usaha ini, boleh dipanjangkan lagi dengan melibatkan pertandingan yang sering dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Mereka juga boleh menghasilkannya untuk rujukan pembelajaran mereka sendiri kerana aplikasi ini mudah untuk diingati dan difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: